"Pembangunan Pusat Sumber Mini ini diusahakan di bawah Projek Jaringan Masyarakat Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Dengan wujudnya blog ini, ianya akan memberikan maklumat semasa mengenai Pusat Sumber Mini di kampung ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T."
Mesyuarat bersama dengan semua staf perpustakaan mengenai program ini telah dijalankan pada 30/06/2009 di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Kejuruteraan.

Beberapa agenda telah diberi penerangan kepada staf mengenai tarikh, masa dan tempat program serta aktiviti program ini. Program perasmian Pusat Sumber KBB ini akan diadakan seperti berikut;-

Tarikh : 31 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang.
Tempat : Pusat Sumber, Kg. Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Penyertaan ini melibatkan semua staf Perpustakaan Kejuruteraan USM dan para penduduk kampung di dalam menjayakan program ini.
Perkhidmatan Bantuan Disediakan Seperti Berikut;-

1) Live Chat
- Sebarang soalan boleh diajukan melalui Live Chat ini




2) E-mail
- Sebarang soalan boleh diajukan melalui email rasmi Pusat Sumber Kami
banggolberangan@gmail.com


3) Telefon / SMS
- Sebarang soalan boleh diajukan melalui No Telefon rasmi :
PSKBB menerima sumbangan rak buku daripada 2 sumber iaitu daripada Pejabat YB ADUN Kuala Ketil dan Perpustakaan Kejuruteraan USM. Pihak Pejabat YB menyumbang sebanyak 3 rak buku baru seperti di dalam gambar dibawah ini.

Pihak Perpustakaan Kejuruteraan USM menyumbang sebanyak 12 set meja karel terpakai yang mana ianya sesuai untuk kemudahan membuat bacaan. Ketua JKKK bersama dengan 2 orang pemuda di Kampung ini telah datang ke USM Kampus Kejuruteraan untuk mengambil sendiri meja karel tersebut di Perpustakaan Kejuruteraan. Sumbangan ini dibuat berdasarkan pelupusan aset yang telah diluluskan oleh pihak USM Kampus Kejuruteraan. Gambar meja tersebut adalah seperti dibawah.
Dengan kemudahan rak buku dan meja yang diberikan ianya dapat membantu di dalam usaha membangunkan Pusat Sumber di Kampung ini. Sekalung budi diucapkan kepada mereka yang menyumbang kepada projek ini.