Hasil tinjauan mendapati buku-buku yang sedia ada di dalam dewan ini adalah hasil sumbangan dari UiAM dibawah program Baktisiswa pada tahun 1991 yang mana pada ketika itu kampung ini memenangi tempat ketiga bagi kategori kampung tercantik daerah Baling ini. Dengan sebab itu, suatu program telah dirancang oleh UiAM untuk penduduk kampung ini.
Lawatan awal ini mendapati terdapat hanya beberapa buku lagi yang masih tinggal diatas rak hasil sumbangan UiAM pada program tersebut. Para pegawai mengambil beberapa katalog buku yang masik ada seperti gambar dibawah. Album kenangan program pada 1991 itu juga turut dibawa pulang ke Perpustakaan Kejuruteraan USM untuk dibentangkan di dalam mesyuarat nanti.Kehadiran pertama ini memberi kesan kepada para penduduk kampung untuk melihat projek tersebut dapat dijalankan dengan sempurna.
Lawatan printis ini terdiri daripada:-
Pn. Haslina
Pn. Norshuhada
Pn. Suzana
En. Mohd Jamil
Thanks ;-)