"Pembangunan Pusat Sumber Mini ini diusahakan di bawah Projek Jaringan Masyarakat Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Dengan wujudnya blog ini, ianya akan memberikan maklumat semasa mengenai Pusat Sumber Mini di kampung ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T."


Selamat datang ke Kampung Banggol Berangan.
Pada 26 Julai 2009 (ahad) para penduduk kampung telah pun mengadakan aktiviti gotong-royong secara beramai-ramai bagi membuat persiapan untuk Majlis Perasmian Pusat Sumber dan pelancaran blog ini pada 1 ogos 2009 nanti. Kehadiran dikalangan JKKK serta golongan pemuda kampung membantu di dalam program gotong-royong ini mendapat sambutan yang amat baik.

Gotong-royong dimulakan seawal pagi kira-kira jam 9 pagi. Aktiviti dimulakan dengan membuat pemecahan kumpulan untuk membersihkan di kawasan tertentu. Pembersihan kawasan di sekeliling surau atau PSKBB dan kubur. Pembersihan di dalam PSKBB sendiri juga turut dijalankan. Beberapa gambar turut disertakan. Tahniah diucapkan kepada semua penduduk yang menjayakan aktiviti ini.

Kehadiran staf dari Perpustakaan Kejuruteraan yang terdiri daripada En. Ali Hj Abd. Rahim (Ketua Jabatan Perpustakaan Kejuruteraan USM) bersama beberapa orang Pegawai Pustakawan yang lain ke tapak program yang telah dirancang iaitu Kg. Banggol Berangan,Labu Besar, Kulim, Kedah.

Lawatan ini adalah hasil daripada lawatan pertama yang dihadiri oleh 4 orang Pegawai sebelumnya. Lawatan pertama telah membawa kepada pertemua pada kali ini bagi menyatakan dan membincangkan serta melihat keadaan bangunan dan persekitarannya.

Majlis dimulai dengan aluan dari En. Mohd Jamil Kasim (perantara Perpustakaan dengan Kg. Banggol Berangan) dan dipengerusikan terus oleh En. Ali Hj Abd. Rahim. Antara wakil Perpustakaan Kejuruteraan yang hadir ialah

En. Ali Hj. Abd. Rahim

Pn. Haslina Ahmad Rupiad

Pn. Mazainun Aini Mohd Zain

Pn. Junainah Abu Seman

Pn. Suzana Abd. Rahman

En. Mohd Jamil Kasim

Kehadiran pada pertemuan ini juga dihadiri oleh 2 orang wakil daripada Pejabat YB ADUN Kuala Ketil. Kesungguhan wakil-wakli daripada Perpustakaan Kejuruteraan USM, wakil Pejabat ADUN dan juga tuan rumah iaitu JKKK berbincang dan merangka aktiviti pembangunan Pusat Sumber menjadi titik tolak kepada sinar baru yang membawa kepada seribu pengharapan pembangunan Pusat Sumber dapat dijalankan di Kampung ini.




Kedudukan Pusat Sumber Kg. Banggol Berangan.

Kg.Banggol Berangan terletak di daerah Baling yang bersempadanan dengan daerah Kulim yang dipisahkan dengan Sungai Sedim. Jarak perjalanan lebih kurang 1 jam 10 minit dari Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan di Nibong tebal Pulau Pinang dengan jarak 72 KM, melalui lebuhraya PLUS dan keluar menuju ke arah Kulim melalui lebuhraya BKE sehingga bertemu dengan persimpangan menuju ke Labu Besar.




Mesyuarat Program PSKBB di kalangan staf Perpustakaan Kejuruteraan USM telah diadakan di pada 15 Julai 2009 di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Kejuruteraan USM. Perjumpaan pada mesyuarat pada kali ini pihak Perpustakaan menjemput En. Ali Hj. Abd. Rahim (Timbalan Ketua Pustakawan USM) untuk membincangkan serta melihat perkembangan gerak kerja bagi program perasmian PSKBB yang akan diadakan pada 1 Ogos 2009 (sabtu) ini.





En. Ali Hj. Abd. Rahim merupakan mantan Ketua Jabatan di Perpustakaan Kejuruteraan yang mana beliau merupakan printis kepada Program Jaringan Masyarakat di KBB ini. Setelah beliau dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pustakawan di Kampus Induk USM. Jawatan beliau di Kampus Kejuruteraan ini telah diambil alih oleh En. Adnan Hj. Sharif yang merupakan Ketua Jabatan Perpustakaan Kejuruteraan USM yang baru.






"Patah tumbuh hilang berganti ", begitulah diibaratkan di dalam usaha peneraju utama di dalam menjayakan program ini. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 28 Julai 2009 (selasa) bagi membuat 'follow-up" bagi AJK kecil yang lain di dalam menjalankan gerak kerja mereka. Ucapan terima kasih kepada En. Ali Hj. Abd. Rahim diatas kesudian hadir sama di dalam perjumpaan mseyuarat tersebut.
Pada 13 Julai 2009 AJK Kecil Fizikal & Teknikal Program telah berkunjung ke PSKBB yang terdiri daripada;-

En. Fadil Bohari
En. Nassa Md Rejab
En. Irwan Hadi Abd. Ghani
En. Mohd Jamil Kasim

Kehadiran AJK kecil ini adalah untuk melihat keadaan PSKBB dan bekalan kuasa yang sedia ada untuk digunakan pada hari perasmian nanti.Hasil penelitian mendapati bekalan kuasa hanya terdapat satu sahaja seperti yang terdapat di dalam gambar dibawah.


Setelah melihat keadaan tersebut AJK kecil ini telah membuat perbincangan mengenai bekalan kuasa elekttrik yang akan digunakan nanti.Kata sepakat telah diambil untuk mewujudkan switch board berfius akan digunakan serta kabel wayer yang lebih besar digunakan untuk menampung beban elektrik yang akan digunakan.Ia bertujuan untuk mengelakan dari berlakunya litar pintas dan kebakaran mahupun peralatan elektrik yang akan rosak kelak. AJK ini juga berkunjung ke rumah Ketua JKKK untuk mengambil data penduduk untuk dimasukkan ke dalam sistem mini perpustakaan PSKBB.

Di kesempatan itu juga, tuan rumah menjamu dengan buah rambutan serta minum petang. Jam hampir ke pukul 5:15 petang AJK bertolak pulang ke USM Kampus Kejuruteraan.