Pada 26 Julai 2009 (ahad) para penduduk kampung telah pun mengadakan aktiviti gotong-royong secara beramai-ramai bagi membuat persiapan untuk Majlis
Perasmian Pusat Sumber dan pelancaran blog ini pada 1 ogos 2009 nanti. Kehadiran dikalangan JKKK serta golongan pemuda kampung membantu di dalam program gotong-royong ini mendapat sambutan yang amat baik.
Gotong-royong dimulakan seawal pagi kira-kira
jam 9 pagi.
Aktiviti dimulakan dengan membuat pemecahan kumpulan untuk membersihkan di kawasan tertentu. Pembersihan kawasan di sekeliling surau atau PSKBB dan kubur.
Pembersihan di dalam PSKBB sendiri juga turut dijalankan. Beberapa gambar turut disertakan. Tahniah diucapkan kepada semua penduduk yang menjayakan aktiviti ini.

Gotong-royong dimulakan seawal pagi kira-kira




Catat Ulasan
Sila maklum balas, komen dan pandangan anda amat dihargai. Terima kasih.