"Pembangunan Pusat Sumber Mini ini diusahakan di bawah Projek Jaringan Masyarakat Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Dengan wujudnya blog ini, ianya akan memberikan maklumat semasa mengenai Pusat Sumber Mini di kampung ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T."

Peraturan – Peraturan Penggunaan Pusat Sumber Mini Kampung Banggol Berangan

  1. Sila tanggalkan & susun kasut di luar semasa memasuki PSKBB.
  2. Jangan mengubah perabot & peralatan di dalam PSKBB tanpa kebenaran.
  3. Jangan membuat bising semasa didalam PSKBB.
  4. Jangan merokok, makan & minum di dalam PSKBB.
  5. Sila susun kembali buku-buku yang telah dibaca ke tempat asal.
  6. Buku tidak boleh dibawa keluar kecuali untuk pinjaman sahaja.
  7. Jangan merosakkan harta benda PSKBB.
  8. Laporkan pada petugas kaunter sekiranya berlakunya apa-apa kerosakan di dalam PSKBB.
  9. Pinjaman buku adalah sebanyak 2 buah selama 3 hari sahaja.
  10. Buku rujukan tidak boleh dipinjam keluar.
  11. Sila tunjukkan kad keahlian semasa membuat pinjaman.
  12. Sentiasa mematuhi peraturan PSKBB dari semasa ke semasa.

“Bangsa Yang Berjaya Adalah Bangsa Yang Membaca”

Anda boleh download borang ahli PSKBB dan serahkan kepada AJK PSKBB untuk proses Kad Keahlian.

Sila klik pada link di bawah ini untuk download borang keahlian Download Disini
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bertemu kembali... disini saya sertakan beberapa maklumat mengenai Jadual Pembukaan Pusat Sumber Mini Kg. Banggol Berangan ini seperti berikut;-

1) Sepanjang Bulan Ramadhan (Puasa) shj.
Setiap Hari --> Dibuka mulai jam 3.30 ptg - 5.30ptg.

2) Hari Biasa
Ahad - Khamis --> Dibuka sebelah petanga shj mulai jam 3.00 - 6.00ptg.

Jumaat - Sabtu --> Sebelah Pagi -Dibuka mulai 9.00 Pagi - 12.00 Tghri.
Sebelah Petang -Dibuka mulai 3.00 Ptg- 6.00 Ptg.

Terima kasih kepada Petugas Kaunter PSKBB yang secara sukarela menjalankan tugas pada waktu yang telah ditetapkan.