"Pembangunan Pusat Sumber Mini ini diusahakan di bawah Projek Jaringan Masyarakat Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Dengan wujudnya blog ini, ianya akan memberikan maklumat semasa mengenai Pusat Sumber Mini di kampung ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T."

Peraturan – Peraturan Penggunaan Pusat Sumber Mini Kampung Banggol Berangan

  1. Sila tanggalkan & susun kasut di luar semasa memasuki PSKBB.
  2. Jangan mengubah perabot & peralatan di dalam PSKBB tanpa kebenaran.
  3. Jangan membuat bising semasa didalam PSKBB.
  4. Jangan merokok, makan & minum di dalam PSKBB.
  5. Sila susun kembali buku-buku yang telah dibaca ke tempat asal.
  6. Buku tidak boleh dibawa keluar kecuali untuk pinjaman sahaja.
  7. Jangan merosakkan harta benda PSKBB.
  8. Laporkan pada petugas kaunter sekiranya berlakunya apa-apa kerosakan di dalam PSKBB.
  9. Pinjaman buku adalah sebanyak 2 buah selama 3 hari sahaja.
  10. Buku rujukan tidak boleh dipinjam keluar.
  11. Sila tunjukkan kad keahlian semasa membuat pinjaman.
  12. Sentiasa mematuhi peraturan PSKBB dari semasa ke semasa.

“Bangsa Yang Berjaya Adalah Bangsa Yang Membaca”

0 Responses

Catat Ulasan

Sila maklum balas, komen dan pandangan anda amat dihargai. Terima kasih.